KISAH SI BUTA…

Bismillahirrohmanirrohim…

Inilah cerita saya bersama al-Quran :

Usia sudah melewati 65 tahun. Aku khuatir apa akan jadi pada diriku di akhirat kelak hanya kerana aku tidak tahu membaca al Quran.

mengaji quran

Teringat aku di suatu hari :
Cucu: “Atok, atok, macamana nak baca ayat ini…” sambil menunjukkan sepotong ayat dari sebuah surah”
Aku: “ok, ok, cu bacalah, atok dengar”.
Si cucu tanpa banyak soal terus membaca ayat tersebut, tersangkut-sangkut bacaannya.
Aku: “Dah ok la tu, esok cu jumpa ustaz tempat mengaji nak pastikan ayat yang cu baca tu betul ke tak ye….”

Aku sebenarnya tak tahu membaca sepatahpun ayat al Quran….apa yang aku baca seharian selama ini hanyalah apa yang diajar oleh ibuku semasa kecil dulu. Aku tak pernah ke kelas mengaji.
“Sampai bila akan aku terus begini….? Menipu diri untuk mengelak rasa malu pada anak bini, rakan taulan dan jiran tetangga, tapi tidak pula aku malu dengan Allah yang memberi segala nikmat hidup aku selama ini”.

Suatu pagi,
Setelah bertahun memendam rasa malu untuk belajar mengaji dan terus menahan ego sendiri…Akhirnya aku memberanikan diri, dalam keadaan memaksa, untuk berjumpa jiran aku yang juga seorang ustaz. Aku menyatakan hasrat aku untuk belajar mengaji.

“Alhamdulillah”, dengan rasa amat terharu aku berterima kasih kepadanya kerana beliau secara sepontan, menyambut baik hasrat aku dan sanggup mengajar aku mengaji.
Bermula dengan Alif, Ba,Ta dan seterusnya, selama dua jam seminggu sehingga 40 jam kemudian, pada hari ini, syukur aku kepada Allah, dengan izin dan pertolonganNYA aku sudah boleh membaca al-Quran.

“Tak pernah terbayang di kepala aku dapat membaca al Quran pada usia begini. Berkat bimbingan dan kaedah yang digunakan aku kini sudah jatuh cinta dengan al Quran”.
Mereka yang kabur apa lagi buta dalam bacaan, tiada istilah terlewat dalam belajar al-Quran…. Wallahua’alam.