GAMBAR RUMAH NGAJI NEGERI

RN KAPAR, KLANG

Rumah Ngaji @ Kapar mengisi Program Cuti Sekolah “Islam Indah Masyarakat Berkasih Sayang” dengan mengadakan #QuranHour bersama 40 peserta di Muslim Inn, Kuang.

 “Ini selari dengan kempen My Family #QuranHour dan #Saving Families yang membawa misi masuk syurga sekeluarga. Alhamdulillah, peserta teruja untuk mendekati al-Quran dan mengambil mesej melalui sesi tadabbur dan tazakkur.

 

RN @AR-RASYID NELAYAN, KG NELAYAN,TELOK GONG

Suasana Pengajian dan Aktiviti di Rumah Ngaji @Ar-Rasyid Nelayan, Kampung Nelayan Telok Gong. Wakil Penggerak Ustazah Edayu Hamdah, No Hp : 011-36381359.

RN AL JAUHARAH, KLANG

Ustazah Norizan bersama pelajar-pelajar Tahfiz Mahaad Al Ghazali mengalunkan Surah Al-Baqarah di kediaman Hajah Azah di Jalan Hassan Klang, sebagai langkah permulaan promosi W0rld #QuranHour 1439H.

RN AMTC KAJANG

Tahniah kepada Warga Angkasa Indah, Kajang yg telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 bersama AlQuran.
Mesej Surah Al-Namlu turut disampaikan oleh Ust Hj Afifi Ahmad.
Aktiviti istimewa menulis khat dengan menggunakan kayu dari pokok resam turut dijalankan. Semoga Cinta AlQuran dapat terus dihidupkan dalam jiwa-jiwa kita semua.

QURBAN DI KEMBOJA

Team RN AlJauharah beribadah Qurban di Kg. Chenang Wilayah Cham Phnom Penh Kemboja pada 22-25 Ogos. Suatu pengalaman yg berharga dapat dikongsikan bersama masyarakat kampung di Kemboja. Mudah-mudahan di tahun hadapan ada yang berhajat untuk turut serta misi kami melakukan ibadah Qurban di Kemboja.

Bitnami